Seorang pekerja kedai buku kerugian RM50,400 ditipu oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis dari Pulau Pinang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang lelaki yang berusia 34 tahun serta bekerja di sebuah kedai buku di sini pada mulanya dihubungi 'Cindy Wong' yang mendakwa dari Jabatan Kastam Pulau Pinang.
"Mangsa dimaklumkan oleh Cindy Wong yang mengatakan kedai mangsa mempunyai hutang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM51,076 tapi mangsa menafikan kedai tersebut miliknya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mustafa berkata, mangsa kemudian disambung ke talian 04-2221522 yang didakwa nombor Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan bercakap dengan 'Sarjan Liew' yang memberitahu mangsa turut terlibat dengan kes dadah manakala 'rakan kongsi' mangsa Ong Kai Fei telah ditangkap.
"Mangsa telah diminta oleh Sarjan Liew untuk membuat bayaran bagi menyelesaikan kes tersebut dan mangsa telah membuat pembayaran RM50,400," katanya.
Beliau berkata mangsa telah melakukan empat transaksi memindahkan wang ke tiga akaun bank yang diberi oleh Sarjan Liew pada Sabtu (7 Dis) lepas hingga Isnin (17 Dis).
"Setelah wang dimasukkan, mangsa diminta merahsiakan perkara ini dan tidak boleh beritahu kepada sesiapa," katanya lagi.
Menurutnya, mangsa mengetahui ditipu apabila beliau bertanya kepada majikannya berhubung nombor telefon 04-2221522 yang telah menghubunginya sebelum ini dan mangsa diberitahu bahawa nombor telefon itu adalah scammer.
Beliau berkata, menurut majikan mangsa, semakan melalui google ke atas nombor telefon itu, didapati tersenarai dalam nombor scammer.
"Mangsa telah membuat laporan polis semalam (21 Dis)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 22 2018
Mangsa telah melakukan empat transaksi memindahkan wang ke tiga akaun bank yang diberi oleh 'Sarjan Liew' pada 7 Dis hingga 17 Dis.
Sarjan terima rasuah tutup kes cabul didenda RM8,000
Nur Mastisha Maidinsha, 39, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.
Kejadian rompakan dilaporkan berlaku semasa banjir di Brazil
Hujan lebat yang menyebabkan banjir di Porto Alegre, Rio Grande Do Sul, Brazil kini mengundang kepada berlakunya kejadian jenayah.
Penduduk Rumah Panjang harap sosio ekonomi meningkat
Dalam pada itu penduduk Rumah Panjang Nanga Engkuah yang ditemui Astro AWANI menzahirkan rasa syukur dengan pemilihan rumah panjang mereka sebagai Kampung Angkat Madani.
Perlumbaan di Jepun beri nilai tambah buat Azizulhasni
Azizulhasni berkata pihaknya dan pasukan berpuas hati dengan prestasi yang dicapai pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Izu di Shizuoka, Jepun itu.
Prosedur graf kulit Faisal Halim tunjuk reaksi positif
Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim yang cedera disimbah asid baru-baru
Sidang DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta supaya kawalan keselamatan ketika sidang DUN yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Syarikat penerbangan boleh mulakan operasi antarabangsa di LTSIP
Kementerian Pengangkutan Mengalu-alukan syarikat penerbangan untuk mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kelantan.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
AWANI Ringkas: Imigresen, KDN kaji guna QR di pintu masuk negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki hilang ketika berkelah ditemui lemas di Lata Bayu
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika berkelah bersama tiga rakannya di Lata Bayu, Asam Jawa, di sini ditemukan lemas.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
Mahkamah tolak permohonan Aman Palestin untuk mulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun bank
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan 11 akaun banknya oleh SPRM.
RM9.4 juta bantuan musim tengkujuh disalur kepada peneroka tanaman getah Felda
Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM9.4 juta bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 11,784 peneroka tanaman getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang layak di seluruh negara.
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.
Kes pelaburan wang haram Singapura: Lebih S$2.8 bilion aset dirampas
Nilai aset yang dirampas atau dikeluarkan mengikut larangan perintah pelupusan oleh PSPF berkaitan kes pengubahan wang haram baru-baru ini kini berjumlah lebih S$2.8 bilion Singapura.
LHDN tidak lagi terima cek, MOPO sebagai instrumen terimaan bayaran cukai langsung
LHDN secara berperingkat tidak lagi menerima cek dan MOPO sebagai instrumen terimaan bagi bayaran cukai langsung.
Seleweng lebih RM30,000 masuk akaun sendiri, profesor ditahan SPRM
Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu merupakan profesor gred Jusa C ditahan pada jam 3.30 petang hari ini di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.
KPM akan tambah baik proses pembayaran wang bantuan awal persekolahan
Ini termasuk memasukkan terus ke dalam akaun bank murid atau ibu bapa mereka supaya lebih selamat dan menjimatkan masa.